Wednesday, 24 June 2009

  • Tiga Ekor Pontianak

    recycling an old joke a friend re-posted on fb because it makes me laugh .

    Pada suatu malam, 3 ekor pontianak sdg bertenggek diatas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka cuba membuktikan kehebatan masing-masing.

    Pontianak A terbang dgn sepantas kilat. 10 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.

    Pontianak A: Korang nampak rumah tu
    Pontianak B: Nampak!
    Pontianak C: Nampak!
    Pontianak A: Satu rumah tu habis aku kerjakan.

    Pontianak B pula terbang dgn sepantas kilat. 5 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.

    Pontianak B: Korang nampak kampung tu
    Pontianak A: Nampak!
    Pontianak C: Nampak!
    Pontianak B: Satu kampung tu habis aku kerjakan.

    Sejurus lepas itu, Pontianak C pula terbang lebih pantas berbanding Pontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan saje pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.

    Pontianak C: Korang nampak tembok kat hujung sana tu
    Pontianak A: Nampak!
    Pontianak B: Nampak!
    Pontianak C: Err... tadi aku tak nampak....

     

  • Choose Identity

  • Give eProps (?)

  • New! You can now edit your comments for 15 minutes after submitting.

Who recommended?